PERMAISURI: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menangkap seekor ular sawa batik sepanjang enam meter dianggarkan seberat 100 kilogram (kg) yang telah membaham dua ekor kambing milik penduduk Kampung Hulu Seladang, di sini semalam.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Setiu Kapten (PA) Mohd Nizu Husien berkata pihaknya menerima panggilan daripada seorang penternak pada kira-kira pukul 8 pagi tadi memaklumkan reptilia itu berada di dalam kandang kambing miliknya dan telah menelan seekor daripada dua kambing tersebut.
Sebaik menerima laporan, seramai empat anggota dikerahkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi menangkap ular berkenaan.
"APM mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkap haiwan terbabit yang kekenyangan kerana menelan anak kambing manakala bangkai seekor kambing betina dewasa berada berdekatan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mohd Nizu berkata seramai enam orang termasuk bantuan dua penduduk kampung bekerjasama mengangkat ular tersebut ke kenderaan milik APM.
Katanya, penternak terbabit memaklumkan sebelum ini hanya ayam peliharaannya sahaja yang pernah hilang dan kejadian kambingnya mati dibaham ular sawa itu adalah yang pertama kali berlaku.
"Ular itu dibawa ke pejabat APM Setiu sebelum di bawa ke pejabat APM Besut untuk diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut," katanya.
Dalam pada itu, beliau tidak menolak kemungkinan ular tersebut kelaparan akibat kejadian banjir yang melanda daerah tersebut selama beberapa hari pada hujung minggu lepas.
Beliau juga menasihati orang ramai supaya berwaspada dengan kehadiran binatang liar dan berbisa pada musim ini kerana limpahan air di habitat semula jadi menyebabkan haiwan berkenaan keluar mencari tempat berlindung termasuk di kawasan rumah dan kandang haiwan ternakan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 29 2024
Ular itu dibawa ke pejabat APM Setiu sebelum di bawa ke pejabat APM Besut untuk diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut. - Gambar hiasan
Perekrutan ahli JI masih berlaku dalam keluarga - Pakar
Prof Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam berkata gerakan JI dalam anggota keluarga disifatkan masih efektif walaupun kumpulan terbabit tidak berinteraksi antara satu sama lain.
Orang kampung sekitar Ulu Tiram rasa terancam
Situasi di Kampung Sungai Ulu Tiram, alamat terakhir suspek yang mati ditembak.
Firdaus Azil, Wartawan Astro AWANI
Firdaus Azil, Wartawan Astro AWANI
KBS harap siasatan insiden serangan terhadap pemain bola sepak diselesaikan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap siasatan berkaitan insiden serangan melibatkan tiga pemain bola sepak negara baru-baru ini dapat diselesaikan secepat mungkin, kata Menterinya Hannah Yeoh.
FAM pertimbang wujudkan kembali program Harimau Muda
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang melihat potensi untuk mewujudkan kembali program Harimau Muda antaranya bertujuan sebagai platform kesinambungan kepada pembangunan pemain muda negara.
Jejas pendapatan nelayan
Cuaca panas dan kering yang panjang di laut untuk mencari rezeki malahan keadaan arus juga menyebabkan pendapatan nelayan pesisir pantai turut terjejas.
Anggap polis sebagai musuh, dipercayai antara punca serangan
Rasa benci terhadap pihak berkuasa, dipercayai menjadi punca kepada serangan pengganas Jemaah Islamiah terhadap Balai Polis Ulu Tiram pada Jumaat, yang telah mengorbankan dua anggota polis.
FIFA, AFC akan bantu Palestin - Hamidin
FIFA dan AFC akan memberi bantuan yang diperlukan oleh Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA) susulan konflik Palestin dan Israel.
[KRONOLOGI] Serangan Balai Polis Ulu Tiram
[KRONOLOGI] Serangan Balai Polis Ulu Tiram
Mangsa banjir di Perak meningkat kepada 537 orang
Mangsa banjir di tiga daerah di Perak meningkat kepada 537 orang daripada 152 keluarga pada jam 4 petang Jumaat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Anggap polis 'musuh', 'layak dibunuh' dipercayai antara motif - Pakar
Mohd Mizan berkata kumpulan terbabit menyasarkan balai polis kerana dipercayai bagi tujuan pemilikan senjata api.
APM tangkap ular sawa belit dua ekor kambing
Ular itu dibawa ke pejabat APM Setiu sebelum di bawa ke pejabat APM Besut untuk diserahkan kepada Perhilitan untuk tindakan lanjut.
'Misteri' kehilangan lembu terjawab, penduduk jumpa ular sawa besar
APM Terengganu menangkap seekor ular sawa batik sepanjang enam meter dengan berat kira-kira 120 kilogram (kg) di Kuala Nerus.
Ular sawa 3 meter kejutkan pengguna jalan raya
Ular itu dapat ditangkap oleh tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa hanya dalam tempoh tiga minit.
Ular sawa 20kg menyorok dalam bonet kereta
Seorang lelaki terkejut apabila mendapati ular sawa sepanjang empat meter di bahagian enjin kenderaan di Kampung Pantai Belimbing, Melaka.
Ular sawa 10kg dalam mangkuk tandas
Pemilik rumah dikejutkan dengan bunyi seolah-olah serpihan kayu yang jatuh dari atap pada jam 1.05 tengah hari.
Ular sawa seberat 150kg ditangkap di chalet di Mersing
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Mersing menangkap seekor ular sawa seberat 150 kilogram (kg) di kawasan chalet di sini, semalam.
Ular sawa dua meter 'hadir' ke sekolah
Ular seberat 10 kilogram itu berada di dalam longkang berhampiran kelas pelajar darjah enam.
Lelaki terkejut ular sawa batik 70 kg atas pokok durian
Bomba ambil masa selama 10 minit untuk menangkap ular sawa batik sepanjang tiga meter itu.
'Ayam bising, ular berat 80kg bertandang'
Anggota APM mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkap reptilia itu dengan menggunakan alatan khas.
Enam kali ular sawa ditemui di garaj rumah
Setiap hujung tahun akan ada ular ditemui di rumah Mazuen Mohd Taib di Taman Melati, Raub.